Hal BSJ

Street Soccer Challenge (SSC) – Cabaran Bola Sepak Jalanan adalah suatu bentuk kejohanan bola sepak yang diadakan di jalanan sama ada jalan raya atau tempat letak kenderaan (car park).

Kebiasaannya SSC ini menggunakan format Tiga (3) Sebelah atau 3-a-side seperti mana permainan Futsal/5-a-side namun jumlah pemain setiap pasukan yang bermain adalah tiga orang sahaja dan tiada penjaga gol. Saiz gelanggang juga berbeza di mana ianya lebih kecil daripada saiz gelanggan futsal dan begitu juga dengan saiz gawang.

Di Malaysia, permainan ini jarang dilihat dimana-mana dan penganjurannya tidak sehebat kejohanan / pertandingan futsal. Maka, sukan ini boleh dianggap sebagai masih mentah di Malaysia.

Kami sebagai penganjur SSC ini di Malaysia mempunyai beberapa objektif penganjuran iaitu :-

  • Memberikan pengalaman baru kepada peserta-peserta yang mengikuti cabaran ini.
  • Memberi pendedahan kepada teknik ‘short fast ball’ dan ‘tringle system’
  • Membuktikan sukan bola sepak sebagai industri sukan di negara ini.

Format SSC di Malaysia pula adalah seperti berikut :-

  • Cabaran adalah 3 Sebelah (3 pemain sepasukan) – 3 by 3 Challenge
  • 6 Pemain setiap pasukan yang dibenarkan berdaftar.
  • Tiada penjaga gol
  • Bola keluar diambil secara tendangan pada garisan gelanggang
  • Masa perlawanan ; 10 minit
  • Peraturan permainan tertakluk kepada Pengadil mengikut undang-undang FIFA sedia ada.

Comments are closed.

%d bloggers like this: